Kawan ni biasa2 jek, orang kampung yang merantau entah bila nak balik menetap di kampung semula. Ada rezeki adalah tu ye dok..
Nama panjang kawan Badrul Hisham Yusop, nama pendek segan kawan nok tulis...Orang yang pernoh berkawan tahulah nama panggilan kawan kat kampung tu.. Rasanya kalu dia tengok muka kawan, timbullah ingatan nama kawan tu....
Mak ayah kawan duduk di Felda Bukit Damar dengan adik beradik lain, jadinya kawan dengan kakak kawan tinggal di kampung ni dengan arwah wan dan tok.. Seingat kawan, umur 6 tahun kawan mula tinggal kat sini tetapi kawan pindoh pulok ke Felda, lepas tu pindoh pulok ke kampung ni, lepas tu pindoh lagi begitulah ceritanya sampai pening kawan2 kawan memikirkannya...ha..ha..ha...
Darjah satu kawan di sekolah Felda Bukit Damar. Mula darjah dua sampai darjah lima kawan sekolah di Sekolah Kuala Kaung dan lepas tu pindoh balik ke Sekolah Bukit Damar bila darjah enam...Sekolah menengah kawan sekolah di Lanchang iaitu Sekolah Menengah Datuk Bahaman dari tingkatan satu sampai tingkatan lima. Makanya SRP dengan SPM kawan periksa di sekolah menengah nilah pada tahun 1989 dan 1991. Keputusan tu bolehlah cukup makan, kawan ni bukannya bijok sangat pun...he..he..he..
Habis sekolah menengah ni macam2 benda kawan buat..dan panjanggggg ceritanya....kawan kena buka satu blog lain pulok untuk cerita tersebut...sambung balik...lepas dapat result SPM, kawan dapatlah offer ITM Shah Alam bersama dengan beberapa rakan kelas kawan...kawan tahu ramai kawan kelas kawan ni dapat belajor tempat bagus2...jadinya kawan belajorlah di ITM untuk beberapa ketika... Habis di ITM kawan sambung kerja, sambil tu Petronas panggil belajor di Kuala Terengganu...Mula saat ni mengubah style hidup kawan.....panjangggg ceritanya.....Habis belajor kat sini kawan mulalah serius bekerja dalam bidang industri minyak ni sampai hari kawan menulis ni...Dan mula dari kawan keluar belajar hingga bekerjaya menyebabkan kawan jarang dah balik kampung Kuala Kaung ni...hingga sekarang banyak perubahan dalam kampung ini....
Arwah tok ialah Hassan Mat Sah, tok ni hensem masa muda dia... Tok suka menahan tajur dan menjaring ikan di Semantan. Kawan masih ingat, bangun je tidur pepagi lagi dah beratur ikan baung atas pelantar depan rumah...ikan lain pun ade juga macam ikan Lampam, Tengalan, Ubi dan Tebakang. Tok akan jual ikan2 ni ke pekan Lanchang.. begitulah rutin harian dia... Kekadang kawan ikut dia naik perahu pergi tengok jaring dan tajur..kekadang kawan ikut dia melukah tangkap ikan sepat buat umpan tajur...memang best, kawan suka kerja gitu...Selain berikan, arwah tok menoreh getah dan menanam jagung manis...Itulah kerja orang kampung masa tu... Arwah tok juga boleh mengubat orang kalau terdesak..jika kawan sakit dia akan beri air jampi dia...begitu juga orang lain...
Tok boleh bersilat. Beliau akan tunjukkan buah silat dia biasanya pada kenduri kahwin..."sparring" biasa dia ialah arwah cikgu Jaafar, bekas guru besar sekolah Kuala Kaung tu....Satu lagi, arwah tok ni guru kitaorang mengaji "johme" dan quran... tak dapat siap...nak cucuk biji mata...ha..ha..ha...
Arwah wan pula ialah Rahmah binti Seh...sorang Sah, sorang lagi Seh...kebetulan pulak...Arwah wan suaranya kuat..kalau panggil balik suruh mandi rasanya semua beloh kuala kaung ulu boleh dengor...
Arwah wan ni kekadang dia kena lelah, jadinya kawan ni tukang urut dialah bila dia semput...he..he..he..
Saja kawan buat blog ini untuk tatapan anak cucu kemudian hari supaya memori lokasi2 apa yang ada pada tahun tersebut tidak terpadam begitu sahaja. Anak2 Kampung Kuala Kaung juga amat sangat digalakkan melihat blog ini..Walaupun kejayaan yang memuncak telah dicapai hasilnya sedikit sebanyak datang dari sejarah hidup lepas di kampung ini...Kongsi2kan...Sekiranya ada perkara yang kawan tertinggal bolehlah pembaca ingatkan di ruangan komen tu yek...jangan segan2 , malu2...mari mari mariii
Tuesday, November 6, 2012
Sunday, November 4, 2012
Kampung Jeragan Suatu Masa Di 1980an.
Assalammualaikum semua pembaca,
Duduk berjauhan di negara padang pasir ini, banyak masa kawan yang terluang...Maklumlah negara yang bukan seperti negara tercinta yang "open" kepada segala macam aktiviti dan benda.. Jadinya selalulah kawan duduk sendiri memikirkan apa perlu kawan lakukan seharian ini. Bila dalam keadaan macam ni, kawan adalah teringat zaman kanak2 kawan dulu....teringat kawan tempat kawan membesar dulu yang meninggalkan banyak memori manis pahit, suka duka dan berbagai lagi yang kawan anggap manissss2 belaka......Teringat kawan pada rumah yang kawan duduk dulu, kawasan sekitarnya, aktiviti memancing, menanam jagung, mencari botol kicap untuk dijual, main tayang dan kunda kundi, masuk sekolah rendah, main bolo kat padang sekoloh, mengaji quran, rakan2 sebaya mahupun yang dewasa peringkat ayoh/mak sedara ataupun tok/wan, pakcik makcik dan berbagai lagi semuanya balik semula dalam pikiran kawan....
Makanya hari ini kawan nak perkenalkan kampung yang kawan tinggal dulu iaitu Kampung Kuala Kaung. Kampung kawan ini juga orang panggil Kampung Jeragan atau Kampung Kuala Kaung Sekolah, sebabnya ada sekolah rendah kat kampung kawan ni..Ada satu lagi Kampung Kuala Kaung dekat jalan nak ke estek Sungai Kawang, yang ni dipanggil Kampung Kuala Kaung Masjid. Tapi yang kawan nak ceritanya Kampung Kuala Kaung Sekolah ni. Kampung 2 lain yang berjiran seperti Kampung Kuala Kaung Masjid termasuk estek, Kampung Dala dan Punjung dan tak ketinggalan Kampung Sempadan adalah juga dalam memori kawan ni yang mana akan kawan masukkan juga sikit2 jika teringat nanti....(Lokasi kampung kawan seperti dalan map di bawah)
Kampung kawan ni letaknya dalam kawasan Lanchang dalam daerah Temerloh, Pahang.. Kawasan temerloh ni bolehlah dikatakan betul2 di tengah peta semenanjung Malaysia ni dan paham2lah ye kaya dengan tumbuhan dan haiwan serta ikan2 sungainya...zaman 80an memang syurga bagi pemancing mahupun pemburu... Teringat kawan pada arwah tok dan rakannya yang memang terkenal dengan ber"ikan"nya, arwah Paklang Budin dengan perangkap kancilnya di seberang semantan dan juga Aki Busu Jamil dengan ayam hutannya...Nanti akan kawan ceritakan aktiviti2 tersebut dalam post yang lain...
Berbalik kepada sekitar kampung kuala kaung ini, jika dilihat map diatas masih tak berubah keadaan topograpinya cuma landscape dan rumah2 kampung sudah bertambah seiring dengan pertambahan ekonomi penduduk sekarang...Kampung kawan ini dihubungkan dengan tempat2 lain melalui lebuh raya Bentong ke Mentakab/Temerloh..Lebuh 2 lorong, banyak jasanya dimana ditepinya tempat kami menjual jagung manis rebus dan hasil2 buah serta hasil berikan......Orang yang terer bab menjual buah ni arwah Aki Johan.....kawan akan cerita kemudian pasal menjual buah ni..Ada juga kejadian2 kemalangan di lebuh ini yang kawan saksikan beberapa kali dan juga "journey" kawan jalan kaki dari kampung Kuala Kaung sampai ke Bukit Damar. Semuanya masih dalam memori kawan budak nakal kampung Kuala Kaung...
Jika dilihat belah barat kampung kawan disitulah mengalirnya sungai semantan, semantan meng"happy"kan kanak2 zaman itu dan ada juga yang hampir meragut nyawa...he..he..he..( gara2 nak berenang ke seberang)..Kejadian terserempak dengan komunis pun ada diseberang sungai ini walaupun mereka dah surrender tapi masih ada waktu itu dalam hutan...Ditepi semantan inilah tempat kami menanam jagung dan getah. Di seberangnya pula terletaknya bekas kampung lama dan kawasan perkuburan Kuala Kaung selain kawasan kubur Dala. Kawan akan ceritakan kemudian, Insyaallah..
Selain hebat dengan sejarah Semantannya, ada juga dua anok sungai yang kawan tahu mengunjur di beloh ulu dan hilir ni... kedua2nya bermuara ke Semantan nih...kebiasaan bagi kawan, anok sungai yang beloh hilir ni pasalnya arwah tok menanam jagung di kawasan tu.....
Lakaran kasar kedudukan rumah penduduk kampung pada 1980an, dari ingatan kawan.....
Keluasan kampung Kuala Kaung @ Kampung Jeragan @ Kampung Kuala Kaung Sekolah ni taklah seluas singapura dan taklah sekecil padang bola... Bolehlah kawan katakan kawasan kampung ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Kuala Kaung Ulu (Beloh rumah kawan duduk) dan Kuala Kaung Hilir (Beloh rumoh Tok Empat )..Tanda pemisah kedua bahagian ini bolehlah kawan katakan pusatnya di sekoloh rendah Kuala Kaung tu...Di sinilah aktiviti petang kitaorang berkumpul tak kira dari ulu atau hilir...he..he..he....
Tentang orang tua2 Kampung Kuala Kaung waktu itu menggamit rasa sepi kawan... Sebenornya kawan amat sayangkan mereka semua nih..mereka2 ni banyak beri kawan jalan hidup, nasihat, contoh teladan yang mana kawan kena proses balik sendiri..senang cerita positive kawan ambik dan ikut, negative kawan buat sempadan dan contoh pada anak2 kawan...Orang tua2 kampung kawan ni zaman itu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Seperti yang kawan cerita pada awal, arwah tok special dengan berikannya dan "boraknya"..siapa tak kenal tok kalau kat pekan Lanchang tu..he..he..he...Arwah wan special dengan "komunikasinya" tapi hatinya amat baik..Wan Selehoh special dengan kuih bakornya..tak caye try order kat dia la ni...Arwah wan Mokde Selamoh dengan kuih muih dan senyuman beliau yang x putus2..rumoh wan Mokde nilah kawan selalu serang kalu rase lapor..bukok tudung saji insyaallah ade je benda yang boleh kawan kunyah...he..he...he..Lain2 profile seperti Wan Hawa, Wan Meriam, Arwah Haji Ahmad, Arwah Wan Ganti (Makcu Ganti), Wan Bedoh dan lain2nya akan kawan selit juga dalam post2 akan datang....Ramai dari orang tua2 kampung ini sudah kembali menuju Ilahi, maka kita sedekahkanlah Alfatihah untuk semua mereka ni barang seberapa boleh..tungguuuu yek cerita akan bersambung lagi....

Subscribe to:
Posts (Atom)