Assalammualaikum kepada pembaca sekelian,
Mengenang zaman kanak2 kerana nakal dan perasaan ingin tahu sesuatu berakhir dengan teguran atau dimarahi oleh arwah tok dan wan... he..he..he... Kebiasaan balasan atas kesalahan atau silap sendiri, arwah tuk akan suruh cari kayu api di kebun getah cina belakang rumah.
Kebun getah ini kepunyaan Dr. Chin. Seingat saya keluasannya sekitar 6 hingga 8 ekar. Pokok getahnya tinggi2 serta berdahan besar dan sudah tua.. Pelan torehan juga sudah tinggi2... Cina yang selalu menoreh getah tersebut.. Kawasan getah ini berpagar duri yang sudah berkarat dan ada tiang pagarnya yang sudah rebah kerana sudah reput. Jadinya untuk masuk kekebun getah ini tiada masaalah bagi orang kampung....
Dahan getah yang kering/patah/tumbang banyak disini. Saya suka berjalan disini kerana terasa damai dan udara nyaman walau bau sekerap sekali sekala menusuk hidung...ha..ha..ha.. Saiz dahan kering yang biasa saya kutip adalah sebesar lengan kecil saya ketika itu. Size sebesar itu senang dimakan api ketika memasak... zaman itu zaman dapur kayu.... Boleh dikatakan semua rumah dikampung menggunakan dapur kayu untuk memasak..
Selain dari kayu api, kebun Dr. Chin ini juga tempat kami mencari kulat sisir dan kulat taun.. Selepas petir kami akan mencari kulat taun tersebut yang banyak tumbuh di busut2... Memang seronok mengutip bersama rakan2.. Kulat sisir pula tumbuh dibatang2 getah yang tumbang dan kering... Kedua kulat ini memang sedap di masak air dan goreng pedas atau masak lemak....hmmmmm.. Rindu pulak masakan wan...

(*Kayu api disusun seperti dalam gambar diatas dan sebahagiannya diletak dibawah dapur kayu*)
Dahan getah yang kering/patah/tumbang banyak disini. Saya suka berjalan disini kerana terasa damai dan udara nyaman walau bau sekerap sekali sekala menusuk hidung...ha..ha..ha.. Saiz dahan kering yang biasa saya kutip adalah sebesar lengan kecil saya ketika itu. Size sebesar itu senang dimakan api ketika memasak... zaman itu zaman dapur kayu.... Boleh dikatakan semua rumah dikampung menggunakan dapur kayu untuk memasak..
(*Kulat taun masak air.. hmmm best makan dengan nasi kosong sahaja*)
Selain dari kayu api, kebun Dr. Chin ini juga tempat kami mencari kulat sisir dan kulat taun.. Selepas petir kami akan mencari kulat taun tersebut yang banyak tumbuh di busut2... Memang seronok mengutip bersama rakan2.. Kulat sisir pula tumbuh dibatang2 getah yang tumbang dan kering... Kedua kulat ini memang sedap di masak air dan goreng pedas atau masak lemak....hmmmmm.. Rindu pulak masakan wan...
(*Kulat sisir dibatang getah tumbang sedap dimasak lemak..campur le petai lagi selera...*)