Tuesday, October 15, 2013

Aktiviti Kampung - Kawan terasa Nak Buat Semula.

Assalammaualaikum...

Zaman kanak2 kawan selalu ikut arwah Tok dan Wan ke ladang jagung. Tak luas mana ladang dalam lingkungan hampir 2 ekar dan lokasinya dekat hilir bersebelahan ladang Aki Busu Jamil. Kawan pernah saksikan tanah di bajak oleh jentera pertanian peladang Lanchang dengan bayarannya tak silap kawan masa tu rm60 seekar ( komen jika kawan silap - Arwah juga ahli Peladang Lanchang).. Dari menugei jagung , menyiram anak jagung, merumput, membaja, tebang jagung, mengumpul dan menjual kawan lalui bersama kedua2 arwah... Kesukaran sebenarnya buat kawan berfikir tentang keihklasan.. Hmmmmmm.. Macammnana pun kawan memang suka suasana dan ceritanya masa itu...


Gambar diatas sebagai hiasan...
Dan masa ini kawan terasa nak mulakan semula menanam jagung manis seperti dulu2.. Bekerjaya begini dan jauh dari Kampung Kuala Kaung membenteng usaha kawan kearah itu .. In sha Allah kawan akan usahakan bila berkelapangan kemudian...

Bertani begini jika dengan ikhlas akan mengajar sesuatu kepada diri sendiri... Rendah diri dengan apa yang ada masa itu malah tak mengalah dengan keaadaan yang mendesak...
Hmmmm kawan rasa sampai sini dulu in sha Allah kawan update lagi....
Wassalam...
16 10 2013 - Jubail, KSA

No comments:

Post a Comment