Tuesday, October 15, 2013

Zaman Kawan Bersekolah Rendah di Kampung.

Zaman Sekolah Rendah - 1981 - 1986..

Seperti yang kawan tulis sebelum ini kawan mula bersekolah darjah 1 pada tahun 1981... Mulanya kawan  bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Damar tapi tahun berikutnya 1982 kawan pindoh bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kuala Kaung sehingga darjah lima 1985. Tahun 1986 kawan pindoh sekolah ke Bukit Damar semula masuk darjah enam... Senang nak ingat darjah berapa ikut tahun ajer....

Sebelum cukup umur untuk bersekolah, kawan masih ingat sedikit sebanyak waktu sekolah Kuala Kaung ini dalam peringkat pembinaannya ... Kawan masih ingat pekerja india mengetar jalan dan depan sekolah.. Zaman ni kawan suka merayau dan selalu orang2 tua sebut jangan kesana nanti kena tangkap di "keling" buat  jalan tu....Kawan bebudok masa tu memanglah takut.. bila jumpa "keling" semuanya rasa macam yang buat jalan tu......

Lebih kurang beginilah gambor sekolah masa tu- Depan warna pink dan biru tu tak ada lagi.. Gambor ni pun kawan cedok dari web lain..

Bermula darjah 2 kawan sekolah disini berbagai memori kawan simpan sendiri.. Ada memori yang kawan masih ingat, ada yang tak terkatakan dan ada yang separuh ingat... Cikgu2 yang pernoh mengajor kawan yang masih ingat adalah seperti cikgu Tok, Fatimah, Musa, Zawiyah, Arwah Ustad Kamarudin, Cikgu Dewi dan beberapa orang lagi yang kawan lupa namanya...

Rakan2 sekolah rata2 dari orang kampung kawan sendiri, dari kuala kaung masjid, estet kuala kaung, kampung sempadan, punjung dan dala...  Setakat kawan ingat geng2 dari estet paling awal sampai, gelap subuh lagi dah sampai kat sekolah.. Sampai aje berambat memasing... kawan biasale panjat pagor sebeloh kantin aje nak masuk ke sekolah.. situ ada tangga kecil.. tok biasa guna ada yang terpukang kain tersangkut pagor...he..he..he.. Teringat geng estet ni selalunya datang naik bas Supa ( anak mutusamay ) dah gol dah rasanya pasal mabuk( orang kata)..

Oleh kerana rumah arwah Wan dan Tok tidak jauh dari sekolah, selalulah kawan memanjat pagor balik kerumah waktu rehat.. Sebab tu jugalah kawan tak perlu belanja atau paling banyak pun 30 sen sehari kawan dapat duit belanja... Meniaga kantin sekolah masa itu kawan panggil Aki Harun duduk kat belah hilir kampung... Orang kampung mengenali sebagai Cikgu Harun....

Ada kerja pulok...nanti in sha Allah kawan update semula...
Badrul - Jubail, KSA




Aktiviti Kampung - Kawan terasa Nak Buat Semula.

Assalammaualaikum...

Zaman kanak2 kawan selalu ikut arwah Tok dan Wan ke ladang jagung. Tak luas mana ladang dalam lingkungan hampir 2 ekar dan lokasinya dekat hilir bersebelahan ladang Aki Busu Jamil. Kawan pernah saksikan tanah di bajak oleh jentera pertanian peladang Lanchang dengan bayarannya tak silap kawan masa tu rm60 seekar ( komen jika kawan silap - Arwah juga ahli Peladang Lanchang).. Dari menugei jagung , menyiram anak jagung, merumput, membaja, tebang jagung, mengumpul dan menjual kawan lalui bersama kedua2 arwah... Kesukaran sebenarnya buat kawan berfikir tentang keihklasan.. Hmmmmmm.. Macammnana pun kawan memang suka suasana dan ceritanya masa itu...


Gambar diatas sebagai hiasan...
Dan masa ini kawan terasa nak mulakan semula menanam jagung manis seperti dulu2.. Bekerjaya begini dan jauh dari Kampung Kuala Kaung membenteng usaha kawan kearah itu .. In sha Allah kawan akan usahakan bila berkelapangan kemudian...

Bertani begini jika dengan ikhlas akan mengajar sesuatu kepada diri sendiri... Rendah diri dengan apa yang ada masa itu malah tak mengalah dengan keaadaan yang mendesak...
Hmmmm kawan rasa sampai sini dulu in sha Allah kawan update lagi....
Wassalam...
16 10 2013 - Jubail, KSA